assalammulaikum

Wednesday, November 12, 2014

Audit Datang Lagi...

8 haribulan Ogos 2014 (Jumaat)

Pada hari ini, Mahkamah Rendah Syariah Taiping telah dikunjungi oleh tiga orang auditor EKSA JKSPk bagi tujuan Audit Dalaman EKSA JKSPk kali ke-2 bagi tahun ini. Kumpulan yang diketuai oleh Tuan Hairuddin Nizam iaitu Hakim MRS Teluk Intan telah melakukan auditan EKSA mengikut perancangan yang telah ditentukan oleh pihak EKSA jabatan.

Dapatan daripada audit yang dilakukan, MRS Taiping atau dikenali dengan nama "Zon Cenderawasih" telah mengekalkan rekod lulus dan purata markah keseluruhan iaitu 94.52 (markah cemerlang) adalah meningkat daripada markah yang diperolehi sebelum ini.

Pihak MRS Taiping mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua auditor terlibat. Kendatipun, terdapat 9 penemuan audit yang akan dijawab dan yang akan dinilai semula berikutnya. Tahniah kepada semua pegawai, kakitangan dan pelajar praktikal di MRS Taiping yang bertungkus lumus membantu dan bekerjasama menjayakan EKSA kali ini. Wallahu'alam.


No comments:

Post a Comment