assalammulaikum

Friday, December 5, 2014

Selesai Sudah


Gambar sebelah kiri: Pegawai & Kakitangan MRS Taiping bergambar kenangan bersama juruaudit.





BERITA EKSA ZON CENDERAWASIH

04/12/2014 Khamis, Bandar Warisan Taiping, Perak Darul Ridzuan

Bertempat di Mahkamah Rendah Syariah Taiping, seawal jam 2.30 petang pembukaan audit telah diadakan oleh ketua jabatan MRS Taiping, Tuan Azman Bin Saad di hadiri oleh semua Pegawai dan kakitangan mengalu-alukan kedatangan Tuan Hishamuddin daripada MAMPU bagi mengadakan auditan di Zon Cenderawasih.

Auditan yang dijalankan adalah bertujuan bagi persijilan semula EKSA. Tepat jam 5.00 petang, auditan telah sempurna dijalankan dengan kerjasama yang diberikan oleh semua yang terlibat. Namun, beberapa penemuan akan dibentangkan pada majlis exit conference yang akan diadakan berasingan esok di ibu pejabat JKSPk, Ipoh.

Pihak Zon Cenderawasih mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Tuan Hishamuddin yang telah hadir melaksanakan audit. Terima kasih sekalung budi, terima kasih daun keladi, ada kesempatan InsyaAllah berkunjunglah lagi.

Wednesday, December 3, 2014

Selamat Datang Juru Audit EKSA MAMPU


"Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum!" Selamat Datang diucapkan kepada semua juru audit EKSA MAMPU yang hadir ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak amnya dan ke Mahkamah Rendah Syariah Taiping (Zon Cenderawasih) kuhususnya bagi menjalankan auditan EKSA bagi persijilan semula. 


Jawatankuasa Promosi Zon Cenderawasih
 
 

Monday, December 1, 2014

Terjemahan Pilihan Hari Ini

1 Disember 2014 (Isnin)

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada 'Ulil Amri' (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya". 
[Surah An-Nisa:59]