Gambar sebelah kiri: Pegawai & Kakitangan MRS Taiping bergambar kenangan bersama juruaudit.
BERITA EKSA ZON CENDERAWASIH
04/12/2014 Khamis, Bandar Warisan Taiping, Perak Darul Ridzuan
Bertempat di Mahkamah Rendah Syariah Taiping, seawal jam 2.30 petang pembukaan audit telah diadakan oleh ketua jabatan MRS Taiping, Tuan Azman Bin Saad di hadiri oleh semua Pegawai dan kakitangan mengalu-alukan kedatangan Tuan Hishamuddin daripada MAMPU bagi mengadakan auditan di Zon Cenderawasih.
Auditan yang dijalankan adalah bertujuan bagi persijilan semula EKSA. Tepat jam 5.00 petang, auditan telah sempurna dijalankan dengan kerjasama yang diberikan oleh semua yang terlibat. Namun, beberapa penemuan akan dibentangkan pada majlis exit conference yang akan diadakan berasingan esok di ibu pejabat JKSPk, Ipoh.
Pihak Zon Cenderawasih mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Tuan Hishamuddin yang telah hadir melaksanakan audit. Terima kasih sekalung budi, terima kasih daun keladi, ada kesempatan InsyaAllah berkunjunglah lagi.