assalammulaikum

Wednesday, November 12, 2014

Jadual Audit Dalaman EKSA JKSPk






Makluman:

Berikut adalah jadual audit yang telah disediakan oleh Tuan Azman Bin Saad, Hakim MRS Taiping merangkap Ketua Audit Dalaman EKSA JKSPK untuk perhatian semua pihak yang terlibat khususnya di Zon Cenderawasih dan lain-lain zon amnya. Ayuh semua kita bersedia! :-)

Audit Datang Lagi...

8 haribulan Ogos 2014 (Jumaat)

Pada hari ini, Mahkamah Rendah Syariah Taiping telah dikunjungi oleh tiga orang auditor EKSA JKSPk bagi tujuan Audit Dalaman EKSA JKSPk kali ke-2 bagi tahun ini. Kumpulan yang diketuai oleh Tuan Hairuddin Nizam iaitu Hakim MRS Teluk Intan telah melakukan auditan EKSA mengikut perancangan yang telah ditentukan oleh pihak EKSA jabatan.

Dapatan daripada audit yang dilakukan, MRS Taiping atau dikenali dengan nama "Zon Cenderawasih" telah mengekalkan rekod lulus dan purata markah keseluruhan iaitu 94.52 (markah cemerlang) adalah meningkat daripada markah yang diperolehi sebelum ini.

Pihak MRS Taiping mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua auditor terlibat. Kendatipun, terdapat 9 penemuan audit yang akan dijawab dan yang akan dinilai semula berikutnya. Tahniah kepada semua pegawai, kakitangan dan pelajar praktikal di MRS Taiping yang bertungkus lumus membantu dan bekerjasama menjayakan EKSA kali ini. Wallahu'alam.


Audit Dalaman EKSA JKSPk






BERITA MRS TAIPING

1 haribulan April 2014, Selasa, Taiping, Perak. Mahkamah Rendah Syariah Taiping telah dikujungi oleh beberapa orang juru audit dalaman jabatan ini bagi auditan EKSA tahun ini. 

Pelbagai persedian bagi menghadapi auditan ini telah dilakukan oleh warga kerja MRS Taiping bermula dengan mesyuarat dan beberapa kali perbincangan bagi memulakan gerak kerja. Aktiviti gotong royong adalah amalan biasa mahkamah. Kerja yang sistematik membantu pelaksanaan EKSA di jabatan ini.

Terima kasih kepada juru audit kerana sudi hadir untuk melaksanakan tanggungjawab mereka. Kehadiran pihak tuan/puan amat kami alu-alukan.


EKSA kali ini adalah lebih berwajah korporat dan ekosistem kondusif berbanding 5S sebelum ini. Diharapkan MRS Taiping memperolehi wajaran yang baik memandangkan ini adalah kali pertama berwajah baru dengan gaya korporat.