assalammulaikum

Friday, November 28, 2014

Bolehkah Lafaz Talaq Ta'liq di Tarik Balik?

Quotes:

http://zaharuddin.net/rumahtangga-&-keluarga/235-bolehkah-lafaz-talaq-taliq-di-tarik-balik.html#comment-32172

·            
amsyaitul amri <amsyaitul_82@yahoo.com> wrote:
Assalamualaikum Ustaz....
Disini saya ingin bertanyakan hal berkenaan satu situasi berdasarkan tajuk di atas
....Seorang kawan saya pernah bergaduh dengan isterinya melarang untuk
keluar bekerja.."Kalau awak keluar lagi bekerja selepas ini,aku cerai kau dengan
talak 1".........tapi selepas berbincang dan berbaik semula,si suami akhirnya
membenarkan isterinya kembali bekerja....
Boleh tak ustaz terangkan apakah lafaz yang dikeluarkan boleh diterima pakai?
Jika lafaz tersebut sah,apakah yang patut dilakukan oleh kedua psangan tersebut?
Sekian , terima kash..diharap ustaz dapat membantu

JAWAPAN
wa'alaikumussalam
apa yang rakan anda buat adalah lafa ta'liq cerai..ini bermakna apabila ia
menyebut demikian, si isteri tidak dibenarkan sekali-kali untuk melanggarnya
atau talaq akan jatuh secara pasti. Adapun dalam konteks "setelah berbinacng
semula dengan suami, dan suami benarkan pulak'
Majoriti ( Jumhur) para ulama Islam silam ( termasuk ulama dari 4 mazhab)
dan kini menyebut bahawa lafaz ta'liq tidak boleh di batalkan lagi apabila telah
diucapkan, niat si suami juga tidak perlukan untuk dipastikan dalam konteks
lafaz yang sebegini terang dan jelas ( kecuali beberapa pandangan seperti
Syeikhul Islam Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim yang menyebut kecuali jika lafaz
ta'liq tadi diniatkan oleh suami sebagai lafaz sumpah untuk menunjukkan
tegahan yang amat amat serius dan bukan untuk menceraikan jika ia
melanggarnya. Bagaimanapun pengecualian ini sukar untuk dibayangkan
berlaku di suasana malaysia kerana ia adalah suasana orang Arab sahaja yang
sememangnya kerap bermain dengan sumpah seperti ini)
Kecuali terdapat satu pandangan daalam mazhab Hanbali yang
MENGHARUSKAN pembatalan talaq ta'liq sebagaimana di sebuat dalam
kitab al-Furu' oleh Ibn Mufleh.
Hasilnya, menurut 4 mazhab ; apabila si isteri keluar bekerja selepas itu
walaupun dgn izin suami, talaq 1 tetap akan jatuh...dan suami isteri itu
perlulah Ruju' kembali dan hilanglah satu kuota talaq yang dimiliki oleh suami.
Wallahu a'lam..dalam hal di Malaysia, Mahkamah Syariah di Malaysia juga
mengambil pandangan majoriti Mazhab. Iaitu talaq Ta'liq TIDAK BOLEH DI
TARIK BALIK.

sekian

ust zaharuddin abd rahman
24 syawwal 1427 H
15 Nov 2006