assalammulaikum

Wednesday, November 12, 2014

Audit Dalaman EKSA JKSPk






BERITA MRS TAIPING

1 haribulan April 2014, Selasa, Taiping, Perak. Mahkamah Rendah Syariah Taiping telah dikujungi oleh beberapa orang juru audit dalaman jabatan ini bagi auditan EKSA tahun ini. 

Pelbagai persedian bagi menghadapi auditan ini telah dilakukan oleh warga kerja MRS Taiping bermula dengan mesyuarat dan beberapa kali perbincangan bagi memulakan gerak kerja. Aktiviti gotong royong adalah amalan biasa mahkamah. Kerja yang sistematik membantu pelaksanaan EKSA di jabatan ini.

Terima kasih kepada juru audit kerana sudi hadir untuk melaksanakan tanggungjawab mereka. Kehadiran pihak tuan/puan amat kami alu-alukan.


EKSA kali ini adalah lebih berwajah korporat dan ekosistem kondusif berbanding 5S sebelum ini. Diharapkan MRS Taiping memperolehi wajaran yang baik memandangkan ini adalah kali pertama berwajah baru dengan gaya korporat. 

No comments:

Post a Comment