assalammulaikum

Thursday, May 28, 2015

iPost JKSPk

Dikongsi daripada http://syariah.perak.gov.my

Majlis Taklimat Pelaksanaan Sistem i-Post di antara Jabatan Kehakiman Syariah Perak (JKSPk) bersama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk)


Majlis Taklimat Pelaksanaan Sistem i-Post di antara Jabatan Kehakiman Syariah Perak (JKSPk) bersama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah diadakan pada 24 April 2014 jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Gerakan, Aras 3 JKSPk. Taklimat tersebut telah dihadiri oleh Y.A.A. Dato’ Hj. Muhammad Asri Bin Hj. Abdullah (Ketua Hakim Syarie Perak), Tn. Hj. Mohd Ridzuan Bin Yusof (Ketua Pendaftar JKSPk), Pn. Multazimah Bt Rafie, Unit ICT JKSPk dan semua Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah Daerah.

Taklimat tersebut juga turut dihadiri oleh wakil JAIPk iaitu Y. Bhg. Dato’ Hj. Mohd Yusop Bin Hj. Husin (Pengarah Jabatan Agama Islam Perak), Tn. Hj. Zakaria Bin Abd. Razak (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga) dan wakil BPM, SUK Perak Pn. Sheliana Binti Ab. Rahman. Pihak JKSPk telah menjemput En. Ahmad Fitri Bin Maslam, Pegawai Teknologi Maklumat Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu untuk memberi taklimat tersebut.

Sistem i-Post adalah ringkasan dari perkataan ‘Internet Post’ merupakan sebuah sistem penghantaran perintah menggantikan sistem penghantaran perintah pembubaran perkahwinan secara manual daripada Mahkamah-mahkamah Rendah Syariah ke Pejabat Pendaftaran Pernikahan, Perceraian dan Rujuk dalam Negeri. Sistem ini telah dilaksanakan di JKSN Terengganu, Johor, Kedah dan Pahang. Sistem penghantaran sebelum ini menggunakan kaedah manual iaitu secara despatch yang di hantar oleh kakitangan mahkamah terus kepada kakitangan di Jabatan Pembangunan Keluarga dan Penguatkuasaan. Sistem ini akan dilaksanakan dan dijangka diguna pakai di negeri Perak mulai bulan Ogos 2014. lagi...